Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati
Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki
Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan
Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia
~FATIMAH SYARHA~
Allah hilangkan matahari,DIA turunkan hujan, DIA datangkan kilat dan petir, Rupanya DIA nak hadiahkan kita PELANGI
Friday
Wednesday
BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN BUKAN MAHRAM
ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’”
Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’
Kalau hampiri sudah dilarang dan
ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang
menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.
Kalau ada pendorong mudah datang
keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan
terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak
luar nikah.
Semuanya bermula dengan pergaulan
bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali
ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan
kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:
- Pandangan
- Pertemuan
- Percakapan
- Berjabat tangan
- Bersentuhan badan
Pandangan yang dimaksudkan di sini
adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama
ada dari pihak lelaki atau perempuan.
Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t
memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang
bermaksud: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang
beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka…”
Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t
memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “Katakanlah
olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah
mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…” dari
kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang
yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.
Pandangannya pula tidak keterlaluan
atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri.
Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan
mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat.
Maksud pertemuan di antara lelaki
dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.
Dalam konteks hari ini lebih di
kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang
bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk
melakukan maksiat.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa
disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Dari hadis di atas dapat kita
membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan
orang ramai.
Percakapan atau perbualan yang
dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya
bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak
wasangka.
Dalam soal ini bukan bermakna antara
lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak
melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai TUJUAN yang
tertentu atau urusan yang penting sahaja.
Larangan itu dibuat semata-mata
untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum
perempuan.
Berjabat tangan bermaksud
menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara
mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan
perempuan atau sebaliknya.
Menurut Islam hukum berjabat tangan
antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a
ada berkata: “…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan
seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka
dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)
Bersentuhan badan bermakna apabila
berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan
yang bukan mahramnya.
Sentuhan di sini lebih bermaksud
sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala
seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada
menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”
Dari hadis di atas dapatlah kita
mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram
adalah dilarang keras Allah s.w.t.
COUPLE TU HARAM?
COUPLE ITU HARAM...
Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
Cuba renungkan ini:
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
yg haram tetap haram…
Subscribe to:
Posts (Atom)